Thursday, January 26, 2012

Tabiat Buruk #3: Tak Senam




Google




Menghabiskan weekend anda dengan menonton tv bersama keluarga, seronok kan? tetapi dengan keadaan anda yang bermalas-malasan macam tu boleh memudaratkan diri anda dan juga keluarga anda..tak paham? ok macam ni, bile kite duduk depan tv di atas kerusi sofa yang empuk,amik bantal sendal kat kepala sambil2 kunyah kepek ubi yang mak beli kat pasar tani (eh?) tanpa membuat ape2 aktiviti fizikal, badan kite membiarkan gula dalam darah kite ni dalam keadaan idle. Kite perlu tahu pencernaan gula/glukosa dalam badan ni ada banyak cara. Kalau kite gantikan aktiviti menonton tv tu kepada aktiviti bersiar-siar kat taman, main badminton atau apa-apa aktiviti fizikal yang lain memaksa sel-sel otot untuk menyerap glukosa, untuk menghasilkan tenaga. Jika kite biarkan otot kite tak berkerja, ia boleh jadi penyebab kepada 2 masalah utama:


  1. Badan kite akan menukarkan gula yang tidak digunakan kepada lemak. Mase ni punggung, paha, dan perut akan berkembang dengan sewenang-wenangnya =.= yang paling membinbangkan,  penyelidikan menunjukkan bahawa sel-sel lemak di sekeliling pinggang mengeluarkan bahan kimia yang boleh mengakibatkan penyakit jantung. Ohemgee!
  2. Kandungan glukosa yang tinggi mengalir bersama darah boleh merosakkan saraf dan sel-sel darah lantas ini adalah penyebab berlakunya komplikasi diabetes seperti buta dan penyakit buah pinggang.


Jadi, isi lah mase-mase terluang anda dengan aktiviti2 riadah bersama keluarga atau rakan2. Window shopping pun boleh consider sebagai senaman ringan kan? Dari duduk saje2, baik la berjalan.:)




Sila refer sini untuk:







1 comment:

  1. ello cik cuya~
    anda di tag~ :)

    http://alinaneko.blogspot.com/2012/02/most-cheerful-n-cute-blog-contest-entry.html

    ReplyDelete

Please leave your ethical comment..agagaga~~
^_^v