Wednesday, February 3, 2016

Haluuuu




Assalamualaikum semua..

pergh 3 tahun tak update blog woiiii, jenuh tebas semak..bih clear dah..ok ni entry pembukaan tahun 2016 la kirenye..

.
.
.


Aku terpanggil untuk mengomen gambar ini..




Sebelum tu, ada kisah ingin kuceritakan...


Pada satu malam, aku duduk menemani suamiku bermain Planetside2.
Aku menyembang sorang2 yang bertujuan untuk mengganggu konsentrasi suamiku berperang. Sambil itu aku check FB, melayan video2 merepek dan stalk status2 terkini sahabat2 FB juga tidak ketinggalan untuk mengupdatekan diri dengan masalah negara dan gosip2 retis masa kini.


Tiba2, aku terlihat gambar bouquet bunga yang sangat cantik.


"Bestnya kalau dapat ni" kataku di dalam hati, lalu memandang suamiku yang sedang khusyuk menembak. "Abang, nak ni." aku berseloroh sambil menunjukkan gambar bunga itu kepadanya. Seperti kebiasaan, aku akan dapat menjangkakan reaksinya kerana zahir lagi suamiku bukan jenis mat bunga. Dia lebih kepada mat jajan atau mat coklat. :D


Tetapi kali ini lain benar reaksinya. Aku tak tahu nak respon macam mana, mukaku merah menahan suatu perasaan yang ingin meledak keluar. Rasa nak nangis dan pada masa sama aku nak ketawa. Menangis sambil ketawa, mungkin aku akan dicop gila.


"Wah, cantiknya. Nak buat macam mana tu? Pakai tisu?"


Aku tak mampu nak bertahan lagi, berderai ketawaku sampai keluar air mata. Itulah dia engineerku. Comel kan? Aku tau, dia nak fokus game tapi pada masa dia nak entertain aku.


Komen aku, romantik adalah subjektif. Tiap pasangan atau individu, lain pandangan lain pendapat. Pada kami kaum wanita, kami tak perlukan candle light dinner, jambangan bunga atau sepapan coklat. Kami hanya inginkan perhatian. Bunyi macam mengada, tapi itulah hakikatnya. Mempunyai suami yang extra romantik adalah bonus bagi si isteri, namun si isteri tidak akan merungut mahupun mengungkit jika ada kekurangan pada si suami. Kerana tiada manusia yang sempurna didunia ini. Mari kita doakan agar hubungan yang terjalin ini dapat melengkap melengkapi antara satu sama lain dan bahagia til jannah. Gitcheww ~~