Wednesday, January 25, 2012

Tabiat Buruk #2: Skip Breakfast







Apabila kite bangun pagi yakni selepas mendapat rehat yang panjang, badan kite averagenye sudah berada dalam tempoh 12 jam tanpa makanan. Ini bermakna, kite mungkin kekurangan glukosa dalam aliran darah. Jika kite tak bersarapan sebelum memulakan aktiviti harian, organ kite tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Contohnya, otak. Otak memerlukan bekalan gula yang berterusan untuk berfungsi 24 jam. Kandungan gula yang rendah dalam darah boleh membuatkan kite rase muak, gelisah dan kurang cerdas. Kajian terhadap kanak-kanak sekolah telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang makan sarapan pagi mempunyai ingatan yang lebih baik dan belajar lebih banyak berbanding rakan sekelas mereka yang tidak bersarapan.


Selain itu, menurut endocrinologist, sarapan pagi penting untuk mengawal selera kita sepanjang hari. Dalam erti kata lain, jika kite skip sarapan pagi kite akan craving untuk makan lebih pada waktu tengah hari. Kalori dikira untuk 2 kali meals; breakfast dan lunch dengan mengambil makanan yang tinggi lemak.  Kita juge lebih cenderung untuk mengambil makanan ringan sebelum atau selepas waktu makan. Ini tidak bagus ! untuk pengetahuan anda semua, dengan menambah hidangan berkhasiat di pagi hari, anda bukan sahaja akan mengurangkan berat badan, tetapi juga dapat mengawal pembentukan gula dalam darah. Justeru dapat mengelakan penyakit seperti Diabetis. Ish2, so bagi yang berdiet, jangan skip meals yer. Makan tetap makan. Tapi jage kuantiti. Nasihat untuk diri sendiri jugak..=.=



Untuk tabiat Buruk #1, sile refer sini.






No comments:

Post a Comment

Please leave your ethical comment..agagaga~~
^_^v